expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 27 October 2013

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG KEILMUAN ISLAM

LATAR BELAKANG IBNU KHALDUN
Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar kepada Khaldun.
Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.
Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun.
Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.
Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.
Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.
Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir.
Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee.
Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas.
Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.
SUMBANGAN OLEH IBNU KHALDUM
1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.
Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).
Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.
2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam
Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan.
Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani.
Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

No comments:

Post a Comment