expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 27 October 2013

Ibnu Hajar al-Asqalani

Ibnu Hajar lahir pada tanggal 22 Sya’ban 773 H atau 28 Februari 1372 M di Mesir. Nama lengkapnya adalah Syihabuddin Abu Fadhal bin Nurudin Ali bin Muhammad bin Hajar al-Asqalany. Penyebutan al-Asqalani  adalah nisbat kepada sebuah tempat bernama Asqallan. Nenek moyangnya kembali ke Asqallan ketika Shalahuddin al-Ayyubi menguasai Mesir pada 587 H atau 1191 M.
Ibnu Hajar menjadi yatim piatu sejak berusia  4 tahun. Sebelum wafat, ayahnya berwasiat kepada kawannya yang bernama Zakiuddin Abu Bakar al-Kharubi, seorang saudagar yang kaya, untuk memelihara dan mendidik putranya. Dibawah asuhannya, Ibnu Hajar tumbuh menjadi anak yang sehat dan cerdas. Ia memiliki kekuatan menghafal yang luar biasa. Surat Maryam, yang berjumlah 88 ayat,  dihafalnya dalam tempo satu hari, sedangkan kitab al-Quran telah dihafalnya dalam usia 7 tahun (menurut sumber lain 9 tahun).  Saat berusia 11 tahun ia naik haji ke Mekah dan sejak itu ia mulai tertarik belajar hadits.
Di Mekah ia belajar hadits kepada seorang ulama hadits bernama Afifudin al-Nusyawari. Kajian utamanya adalah kitab Shahih Bukhari. Ia juga mempelajari kitab Imdat al-Ahkam karya Abdul Ghani al-Maqdisi dibawah bimbingan Abu Hamid Muhammad bin Zhahirah. Ibnu Hajar kemudian melanjutkan studinya ke Mesir dan mengkaji kembali kitab Shahih Bukhari kepada Abdul Rahim bin Razin. Di Mesir ia menghisap ilmu-ilmu agama yang dimiliki ulama-ulama terkenal. 
Pada tahun 802 H ia melawat ke negeri-negeri muslim seperti Damaskus, Mekah, Madinah, Iskandariyah, Yaman, dan lainnya. Di negeri-negeri itu ia belajar berbagai disiplin ilmu agama lainnya disamping banyak berdiskusi tentang berbagai masalah. Diantaranya ilmu musthalah hadits ia pelajari dari Abu Fadhl ar-Rahim al-Husain al-Iraqi, yang sangat kagum dengan kepandaian Ibnu Hajar. Menjelang wafatnya Abu Fadhl ditanya tentang siapakah orang yang paling mumpuni dalam hadits dan ilmu hadits, dengan tegas dijawabnya Ibnu Hajar, kemudian Zur'ah dan al-Haitsami.
Dengan ilmu yang dimilikinya, Ibnu Hajar ditawari untuk mengajar di Syaikuniyah, madrasah Jamalia, dan al-Mankutimuriyah. Ia mulai mengajar hadits dan ilmu hadits pada bulan Syawal 808 H atau Maret 1406 M. Selain itu karena kedalamannya dalam ilmu fiqh, ia pun diangkat menjadi qadhi atau hakim, jabatan yang dipegangnya selama 20 tahun. 
Ibnu Hajar termasuk ulama yang sangat produktif. Karya-karyanya tidak kurang dari 100 kitab dari berbagai masalah agama. Bahkan menurut muridnya, karya beliau mencapai 270 kitab. Yang terkenal adalah Fathul Bari, yang merupakan syarah kitab Shahih Bukhari dengan ketebalan sekitar 6000 halaman. Karya lainnya yang terkenal diantaranya; al-Ishabah fi Tamyuzis Shahabah yang berisi biografi para sahabat nabi Muhammad saw, Tahdzibut Tahdzib dan Lisanul Mizan, yang berisi biografi para rijalul hadits, Bulughul Maram yang berisi hadits-hadits hukum, Athrafus Shahihain, Nukhbatul Fikar fi Musthalah Ahlul Bukhari, dan lain-lain.
Ibnu Hajar wafat di Mesir pada bulan Dzulhijjah 852 H/Juni 1449 M dalam usia 79 atau 77 tahun.

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG KEILMUAN ISLAM

LATAR BELAKANG IBNU KHALDUN
Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar kepada Khaldun.
Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.
Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun.
Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.
Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.
Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.
Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir.
Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee.
Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas.
Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.
SUMBANGAN OLEH IBNU KHALDUM
1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.
Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).
Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.
2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam
Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan.
Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani.
Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

Sunday 20 October 2013

Mengenal Imam Ibnu Taimiyyah(661h-728h)

Assalamualaikum,dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,yang menurunkan agama islam dengan perantaraan lidah para rasulNya yang mulia,yang tidaklah mengenal erti penat serta lelah,tidak mengendahkan tohmahan,kejian,fitnah, cacian serta makian dari manusia demi menyampaikan risalah Allah yang benar dan suci ini,dan telah pula disambung warisan sunnah perjuangan suci ini oleh para kekasihNya yang dikasihi iaitu para Ulama’ yang menyusuri isi kandungan Al-Quran serta Hadith nabiNya yang mulia,mereka bukan sahaja dianggap penyambung kepada meneruskan Risalah Suci ini,bahkan mereka mewarisi juga sunnah perjuangan ini yang menjanjikan kejian,cacian,makian serta tohmahan yang mungkin pedih untuk disantap oleh jiwa,tetapi kembali tersenyum bila memikirkan telah melalui denai derita yang sama dilalui oleh para rasul yang mulia…
Daku ingin mengenalkan pula kepada para pembaca akan kisah hidup atau biografi insan yang telah melalui sunnah perjuangan para rasul ini,iaitu Ibnu Taimiyyah(661H-728H)
IMAM IBNU TAIMIYYAH
  • Lahir di Bahran pada 22Januari tahun 1263M bersamaan dengan10 Rabiul Awal hari Isnin tahun 661 hijrah
  • Nama sebenar beliau ialah Syeikhul Islam Abu Al- Abbas Ahmad Bin Abdul Halim Ibnu Abdus-Salam Bin Abdullah Bin Abi Al-Qasim Al-Khadri An-Namiri Al-Harani Ad-Damsyiqiyy Al-Hambali atau lebih dikenali dengan Ibnu Taimiyyah
  • Datuk beliau ialah Imam Majduddin,beliau merupakan seorang pengikut Mazhab Hambali,beliau telah mempunyai sejumlah karya,beliau merupakan seorang ulama’ yang Faaqih dalam bidang Feqh,Hadith,Ilmu Usul serta Ilmu Nahwu
  • Beliau telah berpindah ke Damaskus,Syria ketika beliau berumur 7tahun yang mana ketika itu merupakan kedatangan Tentera Monggol,manakala ayah beliau pula iaitu Syeikh Syihabuddin Abdul Halim merupakan seorang ulama’ yang dikira sebagai ulama’ yang terkenal dizamanya,pernah menjadi guru besar serta pemimpin sebuah madrasah di Sukariyyah dan beliau juga dibesarkan juga disana
  • Diantara guru beliau ialah: Imam Syamsudin Al-Maqdisi(Mufti pertama Mazhab Hambali di Syria yang mana beliau mempunyai 200 orang guru),Imam Abi Al-Yasr,Imam Kamal bin Abdu,Imam Majd bin Asakir,Imam Ahmad bin Abi Al- Khair,Imam Qasim bin Arbaliy,Syeikh Imam Fakhruddin bin Bukhari,Imam Kamal bin Abdur-Rahim,ImamQasim bin ‘Alaan,Imam Ahmad bin Syaibaan serta ramai lagi
  • Manakala murid-murid beliau pula antaranya:Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy dan Imam Abu Fida’ bin Ismail Al-Katsir(Imam Ibnu Katsir)
  • Beliau telah mengikuti pengajian Kitab Musnad Imam Ahmad beberapa kali,dan juga telah mengikuti pengajian Kitab hadith sunan As-Sittah serta mengikuti pengajian Kitab Mu’jam At-Thabrani Al-Kabir,beliau telah menghafaz Al-Quran serta menguasai Ilmu Feqah dan mempelajari bahasa arab daripada Imam Ibnu Abdul Qawiy
  • Ketika beliau berumur 17tahun,beliau telah diberi peluang oleh gurunya iaitu Imam Syamsudin Al-Maqdisi untuk memberikan fatwa kerana beliau merupakan seorang murid yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Bijaksana yang sangat kuat hafalanya,senang memahami sesuatu pelajaran dengan senang serta banyak pengetahuanya
  • Beliau telah terlibat dalam perang antara Monggol-Syria,beliau telah bergabung dengan tentera Syria-Mesir dan telah beroleh kemenangan
  • Beliau telah dipenjarakan sebanyak 4kali!!setelah dibebaskan daripada tahanan yang pertama,beliau telah tinggal di Cairo,lalu dipenjarakan oleh Sultan Baibar Al-Jaishankir dan diasingkan di Alexendria kerana mengkritik terhadap pandangan Sufisme(mesti ada sesuatu yang telah dilakukan oleh golongan ini sehingga menjadi kritikkan Imam Ibnu Taimiyyah kan?)di Mesir
  • Selepas dibebaskan,beliau kembali berdakwah di Cairo dan menjadi penasihat Sultan Nasir Muhammad Bin Qaawun
  • Pada tahun 1318,sultan telah mengirim sepucuk surat dengan menyuruh beliau jangan lagi berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan Mazhab Hambali,beliau telah menolak anjuran sultan tersebut lalu telah dipenjarakan di benteng Damaskus selama 5bulan 18hari,beliau telah dibebaskan oleh Sultan Nasir pada 9Februari tahun 1321
  • Beliau telah ditahan kali terakhir semasa fatwa beliau tentang soal ziarah kubur,beliau telah ditahan bersama dengan murid beliau yang setia iaitu Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy(tahun1326)
  • Karya beliau telah mencapai lebih kurang 4ribu naskhah dengan 300 jilid yang mana kitab beliau yang popular iaitu AR-RADD ALA AL-MANTHIQIYYIN(menolak pendapat ahli Mantiq)
  • Kandungan kitab ini telah menolak pemikiran ahli falsafah Yunani yang mempengaruhi pemikiran manusia melalui teori Logika Matematik,kitab ini sebanding dengan karya Imam Ghazali iaitu Kitab TUHFATUL FALASIFAH
  • Jika kandungan kitab Imam Ghazali menghentam pemikiran-pemikiran ahli falsafah Yunani dan mengolahnya dengan menyesuaikanya dalam pemikiran islam,tetapi Imam Ibnu Taimiyyah telah membangkitkan kembali semangat berfikir islam secara murni
  • Kitabnya tidak dicetak,hanya sekali iaitu di negara India
  • Diantara karyanya yang terkenal juga iaitu IKHTIYARATUL FIQHIYATI,KITABUL IMAN,AT-TAWASUL WAL WASILAH,AS-SIYASAH ASY-SYAR’IEYYAH FI ISLAHI RA’IE WAL RA’YAH,BAYAN AD-DALIL ‘ALA BATHLANI AT-TAHLIL,AS-SARIM AL-MASLUL ALA SHATAIM AR-RASUL,MAJMUAH AL-FATAWA,ALFURQAAN BAINA AULIYA’ ALLAH WA AULIYA’ ASY-SYAITAN,AL-JAWAB AS-SAHIH LIMAN BADAL DIN AL-MASIH dan lain-lain lagi
  • Syahidnya Imam Ibnu Taimiyyah di Damaskus pda tahun 728hijrah,semoga Allah merahmati beliau atas jasa-jasa beliau dalam memperjuangkan islam meskipun hidup beliau penuh dengan rintangan,cabaran,hidup dalam tahanan,cacian serta makian bahkan diteruskan juga cacian dan makian kepada beliau sehinggalah ke hari ini(percaya atau tidak?)

Sunday 13 October 2013

Hari Raya Aidiladha



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.