expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 7 April 2013

PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA


Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan perempuan
  1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan
  • Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah : Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
  • Menundukkan pandangan. Dalam surah an-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
  • Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri.
  • Tidak berkhalwat (berdu-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang bukan mahramnya.
  • Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah (s.a.w.) :
Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu… (Riwayat Bukhari)


Adab khas untuk wanita
  • Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah :
Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi : Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabarruj
  • Serius dalam ucapan. Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Allah : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanjamanjakan ) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
  • Menjaga pergerakan Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah :
Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

No comments:

Post a Comment