expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
NO VALENTINE'S DAY FOR MUSLIM!!!
-
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam.
Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian
yang bercanggah dengan Islam.
-
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan
kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih
sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
-
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung
dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang
diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
-
Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi
hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine,
perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan
konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
-
Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan
Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam.
Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi
umat Islam akan datang.
-
Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino
merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu
Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang
menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah
menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian
terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia
bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
-
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya
berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih
sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran
yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada
perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
-
Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih
berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka
dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari
senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama
Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan
mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang
bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa
yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan
penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
No comments:
Post a Comment