expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
-
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam.
Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian
yang bercanggah dengan Islam.
-
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan
kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih
sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
-
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung
dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang
diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
-
Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi
hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine,
perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan
konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.