expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 29 September 2013

Ibnu Rusyd


                                            
Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.
Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusy dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Kardova. Kehadirannya di Kardova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.
Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama. Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.
Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd keranapemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.Pemikirannya memungkinkan masyarakat di sana keluar daripada zaman kegelapan menuju era kemajuan industri yang pesat. Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rusyd.Ibnu Rusyd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rusyd begitu terpengaru dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.Pembaharuan ini dapat dilihat juga dalam bidang perubatan apabila Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.
Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

Sunday, 22 September 2013

HARI MALAYSIA 2013

Cuti umum sempena Hari Malaysia pada 16 September 2013 bersamaan Isnin. Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
HARI MALAYSIA WS 2013
Oleh itu, semua negeri di Malaysia akan mengambil cuti umum pada tarikh tersebut. Dikesempatan ini, pihak kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2013 kepada seluruh warganegara Malaysia.


Sumber: Cuti Umum Sempena Hari Malaysia 16 September 2013 | melvister.com 

Sunday, 8 September 2013

OCEAN..

Ibnu Sina


Ibnu Sina (370 H - 428 H / 980 M - 1037 M)

Kelahiran dan kehidupan beliau:
 

- Nama beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina, manakala gelaran beliau pula ialah Abu Ali.
 

- Ibnu Sina dilahirkan di Afsyinah iaitu nama sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Bukhara di mana kini ia yang terletak di Republik Uzbekistan.
 

- Ibnu Sina dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak teguh. Ayah beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di salah sebuah perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmithan, walau bagaimanapun akhirnya beliau tinggal menetap di Afsyanah kerana tempat tersebut hampir dengan tempat kerjanya. Dengan demikian bapa Ibnu Sina mampu memberikan pendidikan yang unggul dan pengetahuan yang agak tinggi kepada Ibnu Sina dan adik-beradik beliau jika dibandingkan dengan suasana yang ada pada masa tersebut. Bapa beliau telah menyediakan seorang guru Al-Quran dan seorang guru kesusasteraan menyebabkan Ibnu Sina dapat menghafal seluruh Al-Quran dalam usia sepuluh tahun.
 

Pengajian ilmu beliau:
 

- Ibnu Sina banyak mempelajari buku-buku kesusasteraan. Selepas mampu menguasai ilmu ini beliau dihantar oleh bapa beliau kepada seseorang yang boleh mengajar ilmu matematik kepada beliau. Kemudian Ibnu Sina mempelajari ilmu fekah, cara-cara membuat penyelidikan dan perbahasan. Beliau juga mendalami ilmu tasawuf, mantik, falsafah malah beliau tergolong di kalangan cendekiawan di bidang kedoktoran serta terkemuka di dalam bidang tersebut sehingga ramai di kalangan pakar-pakar di bidang kedoktoran yang datang mempelajari ilmu daripada beliau.
 

- Ibnu Sina merupakan seorang yang cekal di dalam menimba ilmu pengetahuan di mana beliau tidak akan tidur pada waktu malam kecuali setelah beliau banyak membaca pada malam tersebut, begitu juga beliau tidak akan tidur pada waktu siang kecuali setelah beliau berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan pada hari tersebut. Beliau tidak pernah ketinggalan dari menghadiri pengajian ilmu fekah dan falsafah sehingga beliau memiliki cara tersendiri di dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
 

- Ibnu Sina berjaya menguasai kesemua bidang ilmu dalam usia yang masih terlalu muda di mana ada yang mengatakan usia beliau pada masa tersebut menjangkau usia enam belas tahun atau lapan belas tahun.
 

Kemasyhuran dan ketinggian ilmu beliau:
 

- Tatkala Al-Amir Nuh bin Mansur mengalami kesakitan, ramai doktor yang datang mengubatinya, sehinggalah apabila beliau mendengar nama dan kemasyhuran Ibnu Sina, beliau memerintahkan agar memanggil Ibnu Sina supaya dapat bersama-sama dengan para doktor yang lain untuk mengubati penyakit Al-Amir. Lantas Ibnu Sina berusaha mengubati penyakit Al-Amir sehinggalah beliau sembuh. Sebagai ganjaran di atas usaha tersebut, Al-Amir mengizinkan beliau untuk menggunakan perpustakaan yang terdapat di Istana. Setelah itu Ibnu Sina membaca kesemua kitab-kitab yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut. 


- Ibnu Sina memulakan pengembaraan beliau selepas berlaku kekacauan di dalam pengurusan kerajaan As-Samaaniah. Lalu beliau keluar dari Bukhara menuju ke sebuah tempat yang bernama Karkang. Ketika itu Ibnu Sina sentiasa memakai pakaian fukaha menyebabkan beliau dihormati oleh Amir Khawarizmi. Kemudian beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Walau bagaimanapun setelah beberapa ketika Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan kemudian kembali semula ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan kedudukan Ibnu Sina dipandang tinggi, di mana beliau telah dilantik menjadi menteri kepada Syamsu Ad-Daulah di negeri Hamdan sebanyak dua kali, walaupun demikian beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar dan mengarang. Beliau mula mengajar murid-murid beliau pada awal waktu malam, memberikan catatan buku yang beliau hafal kepada mereka manakala pada waktu pagi pula beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan.
 

Karangan Ibnu Sina: 


- Buku yang dikarang oleh Ibnu Sina adalah menjangkau sebanyak 250 buah termasuk kitab, esei dan artikel di dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, kedoktoran dan falsafah. 


- Pencapaian Ibnu Sina yang dianggap paling menonjol ialah pencapaian beliau di dalam bidang kedoktoran di mana beliau telah mengarang kitab beliau yang bernama Al-Qanun yang menggariskan beberapa catatan terperinci seperti hubungannya dengan penyakit batuk kering, penyakit paru-paru yang lain serta menyatakan peranan air dan debu di dalam memindahkan jangkitan penyakit di samping mengaitkan penyakit dengan unsur-unsur psikologi, tekanan perasaan dan beberapa penyebab penyakit yang sangat luar biasa. 


- Kitab Al-Qanun telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah dan terus dijadikan sebagai bahan penyelidikan di beberapa buah universiti di Eropah selama empat kurun berturut-turut. 


- Ibu Sina juga telah memberi sumbangan di dalam ilmu fizik sebagaimana yang ditulis di dalam kitabnya Asy-Syifa', An-Najah dan Al-Isyarah.
 

Kewafatan Ibnu Sina:
 

- Walaupun Ibnu Sina salah seorang yang mengutamakan ilmu kedoktoran tetapi beliau tidak mengambil berat kepada kesihatan diri beliau menyebabkan beliau menghadapi pelbagai penyakit sehinggalah kekuatannya menjadi semakin lemah dan akhirnya beliau mati pada tahun 428 Hijrah / 1037 Masihi di negeri Hamdan.

Sunday, 18 August 2013

SAJAK KEMERDEKAAN

KETAATAN DALAM KEMERDEKAAN

Berjanjilah kami demi keberanian
melalui suara-suara hijaz
putaran kemerdekaan

menyusur sungai-sungai mati
kepada insan seikat masyarakat
yang telah bebas.

Dalam sejarah kepahitanmu
terselit larian aku anak kecil
dibentuk dalam kelas-kelas rendah
hingga ke kamar dewasa
jiwa ini digantung loceng mongel
lalu direntap-rentap
terbawa-bawa.

Titisan darah ibuku
pada papan cendana pejal
masih melekat di situ
di perigi yang telah terkambus
hanyir masih terbau
tembuni dalam diam berubah fosil
atas tanah yang merdeka.

Seperti selalu
berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil
menyamai pemberian hadiah bapamu
kami menyebut MERDEKA!!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Sunday, 21 July 2013

Ramadhan tiba lagi..



Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan di bulan Ramadhan:

1. Puasa: Allah memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam. Firman Allah yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah:183)
firman Rasulullah yang bermaksud:
"Islam didirikan di atas lima perkara, yaitu bersaksi bahwa tidak Ilah yang berhak disembah selain Allah I dan Muhammad r adalah rasul Allah I, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan pergi ke Baitul Haram"
Puasa di bulan merupakan penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari Allah.

2. Membaca al-Qur`an: Membaca al-Qur`an sangat dianjurkan bagi setiap muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah r bersabda yang bermaksud:
"Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (yaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya). HR. Muslim. 
Dan membaca al-Qur`an lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan itulah diturunkan al-Qur`an.

Dalam hadits Ibnu Abbas t yang diriwayatkan al-Bukhari, disebutkan bahwa Rasulullah r melakukan tadarus al-Qur`an bersama Jibril u di setiap bulan Ramadhan.

3. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat Tarawih berjamaah: Solat Tarawih disyari'atkan berdasarkan hadits 'Aisyar radhiyallahu 'anha, ia berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah r keluar pada waktu tengah malam, lalu beliau solat di masjid, dan solatlah beberapa orang bersama beliau. Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya. Ketika Nabi mengerjakan solat (di malam kedua), banyaklah orang yang solat di belakang beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jamaah yang di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah r keluar dan melaksanakan solatnya. Pada malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jamaah, sehingga Rasulullah r hanya keluar untuk melaksanakan solat Subuh. Tatkala selesai solat Subuh, beliau menghadap kepada jamaah kaum muslimin, kemudian membaca syahadat dan bersabda, 'Sesungguhnya kedudukan kamu tidaklah samar bagiku, aku merasa khawatir ibadah ini diwajibkan kepada kamu, lalu kamu tidak sanggup melaksanakannya." Rasulullah r wafat dan kondisinya tetap seperti ini. (HR. al-Bukhari dan Muslim). 
Setelah Rasulullah r wafat, syariat telah mantap, hilanglah segala kekhawatiran. Disyari'atkan solat Tarawih berjamaah tetap ada kerana telah hilang 'illat (sebabnya), kerana 'illat itu berputar bersama ma'lul, ada dan tiadanya. Di samping itu, Khalifah Umar telah menghidupkan kembali syari'at solat Tarawih secara 4 berjemaah dan hal itu disepakati oleh semua sahabat Rasulullah rpada masa itu.

4. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar: lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari pada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahwa ia terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, iaitu malam 21, 23,25,27, dan 29. Firman Allah yang bermaksud:
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS.al-Qadar :3)
Malam itu adalah pelebur dosa-dosa di masa lalu, Rasulullah r bersabda yang bermaksud:
"Dan barangsiapa yang beribadah pada malam 'Lailatul qadar' semata-mata kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah I, niscaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." HR. al-Bukhari.
Menghidupkan Lailatulqadar adalah dengan memperbanyak solat malam, membaca al-Qur`an, zikir, berdo'a, membaca selawat.

5. I'tikaf di malam-malam Lailatul Qadar: I'tikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Sedang dalam istilah syar'i, i'tikaf berarti berdiam di masjid untuk beribadah kepada Allah I dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syari'at. I'tikaf merupakan salah satu sunnah yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah r, seperti yang diceritakan oleh Aisyah radhiyallahu 'anha:
"Sesungguhnya Nabi r selalu i'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan sampai meninggal dunia, kemudian istri-istri beliau beri'tikaf sesudah beliau." Muttafaqun 'alaih.
6. Memperbanyak sedekah: Rasulullah r adalah orang yang paling pemurah, dan beliau r lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan. Hal ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas t, ia berkata:
"Rasulullah r adalah manusia yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan saat Jibril u menemui beliau, …HR. al-Bukhari. 
7. Melaksanakan ibadah umrah: salah satu ibadah yang sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah dan Rasulullah r menjelaskan bahwa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji, seperti dalam hadits yang bermaksud:
"Umrah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah haji." 

Zuhkey's Blog | via Tumblr 

He Knows

Kita Bukan Lemah | iluvislam.com

tumblr

Islamic Quotes