expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 25 May 2013

TEGURAN...??!

Setiap manusia yang Allah ciptakan sama sahaja, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan masing-masing mempunyai hati dan perasaan. Adakalanya kita ketawa dan adakalanya kita  sedih dan menangis. Ada juga manusia yang mudah tersinggung dan terasa hati, dan ada juga manusia yang tiada perasaan langsung. Apa yang bezanya di sini ialah bagaimana cara manusia mengawalnya.
Terasa hati? Pernahkah anda terasa hati dengan rakan-rakan anda? Bagaimana ia berlaku? Adakah teguran itu daripada golongan yang lebih baik daripada anda ataupun sebaliknya? Pernahkah anda perhatikan cara teguran mereka? Adakah teguran mereka itu secara nasihat ataupun halus dan berbaur sindiran? Saya sendiri tidak terlepas daripada disindir oleh rakan-rakan. Bukan sekali ataupun dua kali. Tetapi sudah berpuluh kali. Apa yang saya lakukan hanyalah berdiam diri.
Teguran selalunya berlaku dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Ia akan terjadi di kalangan orang yang rapat dengan kita. Ada jenis teguran secara nasihat-menasihati dan ada juga jenis teguran secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati, dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tetapi, siapakah yang sanggup menegur dengan cara menasihati?
Hanya segelintir sahaja daripada kita yang sanggup menegur secara menasihati. Selebihnya  lebih suka menegur secara halus iaitu dengan cara sindiran. Ini adalah ujian yang sangat berat kepada kita terutamanya kepada golongan yang telah banyak melakukan ibadat seperti wanita-wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat juga tidak terlepas daripada perbuatan ini. Adakah mereka sudah merasakan diri mereka sudah mulia ataupun mereka melakukannya secara tidak sedar?

Saturday, 18 May 2013

Peliharalah Aib Orang Lain..


Setiap orang ada aib masing-masing. Ada rahsia yg disembunyikan dari orang tua kita sendiri, dari sahabat kita sendiri mahupun dari kawan2 kita. Namun, benda yg tersembunyi ini, kadang2 kita pun akan terlepas pandang jugak, sampailah diketahui oleh kawan kita atau orang lain. 

Jika kita memegang aib insan.. seluruh MARUAH dirinya berada di tangan kita, kita punyai PILIHAN.. sembunyikan atau sebarkan..

SEBARKAN :
~kita akan rasa puas.. 
"Arghh.. baru padam muka dia, jahat sangat!!"

SEMBUNYIKAN :
~kita ibarat memendam jiwa rasa..
"Erm.. Nak cerita ke tak nak? Kalau aku cerita pasal dia, jatuh maruah kawan aku plak"

Mana pilihan kita? Itu pilihan korang.. tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain.. dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah.. 

So, moral of the story janganlah sesekali buka aib insan lain. Aku berharap sangat agar aib aku, tidak dibuka di Padang Masyar kelak.. Malunya.. kalau semua orang tahu, jahat dan dosa aku. Kat manalah aku nak letak muka aku nanti?

Be Strong!!! After This No More Pains..


KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukan hati kita..Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka.. KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama MADU yang boleh memaniskan CUKA hati dan emosi.. Aku sudah maafkan semua kesalahan orang lain terhadap aku. Tapi aku masih belum tahu, adakah kesalahan diri aku sudah dimaafi oleh orang lain..? BAHAGIA yang ada sekarang ini, tidak kekal selamanya.. begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita..jangan sesekali kita LUPA, Allah sentiasa ada untuk kita.. Lepas kita MATI, semua ini akan hilang, sakit kaki dan belakang kita akan hilang!! Tapi Sekarang ini, aku yang merasa SAKIT nya.. BE STRONG.. FATTAH "SAKIT yang ku rasa biar jadi PENAWAR kepada dosa-dosaku."

Bersangka Baik, Kerna Itu Yang Terbaik..

Bersempena hari jumaat yg mulia ni.. aku nak kongsi satu cerita dengan korang semua. Cerita ni, aku tak pasti korang pernah dengar ke tak.. tapi yg pasti aku akan cerita kat korang hari ni.. Ini bukan cerita drama tv3 k.. ni cerita betul yg tidak dpat dibuktikan kebetulannya.. Kisah seorang bergelar imam muda dikampungnya...yang mempunyai satu tabiat dimana amat gemar mencampuri rakan-rakan sebaya yang bergelar penagih dikampungnya.. Tabiat imam itu telah menimbulkan kecurigaan orang-orang kampung..sehinggakan si Imam itu telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai imam di masjid..atas alasan takut menimbulkan fitnah.. Pada suatu hari.. dikala imam muda tersebut sedang duduk bersantai sembang dengan satu kelompok penagih dadah..tiba-tiba diserbu oleh pihak polis diatas laporan polis yang dibuat oleh penduduk kampung...Imam muda tersebut bersama-sama dengan para penagih dadah digiring ke balai polis.. Semasa sesi soal siasat... Imam muda tersebut disepak terajang dan ditengking oleh anggota polis tersebut.. "BUAT MALU JE KO NI..NAMA SAJA BELAJAR AGAMA..TAPI BERGAUL DENGAN GOLONGAN SAMPAH MASYARAKAT!" Kemudian...salah seorang penagih tersebut bangun cuba mempertahankan imam muda tersebut...dan berkata.. "BRO...DIA NI (IMAM) SELALU LEPAK DENGAN KITAORANG...BUKAN DIA NAK BELAJAR HISAP BENDA TU BRO...DIA DUK SEMBANG DENGAN KAMI CERITA PASAL TUHAN BRO...LU JANGAN NAK MARAH2 SAMA DIA...SEKALI GUA BOOO BARU LU TAU!...LU APA TAU...YANG LU TAU ...TANGKAP KITAORANG PASTU..MAKI HAMUN...ADA KORANG DATANG KAT KITAORANG...CERITA PASAL TUHAN?" --------------------------------------TAMMAT----------------------------------------------------------- Ok.. melalui cerita ni, apa pengajaran yg boleh kita ambil sebagai input dan apa yg boleh kita kluarkan sbgai output..? Pengajaran penting dlm story nie adalah, kita jangan la tinggalkn kerja2 dakwah, dan jgan pulak menjadi penghalang bg org lain utk berdakwah...tak kan dakwah kita hnya untuk mnyeru org2 yg dah baik sahaja, saper lagi yg akan ajak golongan2 yang lagha nie plak? kita tetap kna lakukan dakwah utk diorg, wlaupun usaha nmpak seperti sia2 tp ketahuilah, Allah sntiase melihat usaha kita .. Hopefully .. kita semua, jadilah sperti kisah burung kecil yg punya usaha untuk memadamkn api yg membakar nabi Allah Ibrahim... walaupun kita lihat benda ni tak masuk akal.. namun ketahuilah.. Allah sentiasa ada untuk menolong orang yg istiqamah dalam sesuatu perkara..

No other name except ALLAH

When I was alone & had nothing... I asked for a friend to help me bear the pain, No one came except... الله. When I needed a breath to rise from my sleep, No one could help me except... الله. When all I saw was sadness & I needed answers, No one heard me except... الله. So when I am asked who I give my unconditional love to, I look for No other name except ALLAH Subhanahu Wa Ta'alaa... Tiada yg lebih kuasa melainkan Allah, Makhluk langsung tiada kuasa, hanya Allah yg Maha Kuasa. Hanya Allah yg Maha Penyayang, dan Hanya Allah yg Maha Pengasih.

Astaghfirullahal'azim. Jangan Malu Untuk Bertaubat

Sekiranya kita kalah dengan nafsu, lalu kita melakukan maksiat. Jangan kita biarkan diri kita hanyut dengan dosa, bahkan kita mesti cepat2 kembali pada Allah. Walaupun dalam keadaan lemah, tanamkan dalam hati ingin menjadi orang soleh. Jangan habiskan masa dengan mengeluh, " aku ini banyak dosa" sedangkan tidak ada usaha untuk memperbaiki diri. Setiap maksiat yang kita lakukan cepat-cepat kita sertakan dengan ketaatan seperti istighfar, sembahyang sunat taubat, baca Quran dan seumpamanya. Ketahuilah Allah sentiasa menunggu hambaNya bertaubat kepadanNya. dosa itu adalah satu jalan kita kembali kepada Allah, bukan untuk kita lupakan Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dosa-dosa hambaNya walaupun sebanyak buih di lautan. Tazkirah kpd diri sendiri yg sentiasa kalah dengan nafsu untuk perkongsian bersama.. Astaghfirullahal'azim... Jangan pula malu untuk datang pada rumah Allah. Kita ajak keluar di jalan Allah adalah untuk baiki diri, untuk Islah diri. Sebab itulah setiap kali kita keluar di jalan Allah, kita niat untuk belajar. Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan. Cubalah korbankan harta, diri dan masa untuk duduk bersama kami. Sama-sama kita belajar baiki diri. Cukupalah dengan alasan "aku belum sedia la" & "aku orang jahat mana boleh duduk di masjid". Alasan itu sudah tidak boleh di guna pakai la kawan-kawan. Apa lagi yang kamu mahu dengan dunia ini? Tidak cukupkah dengan nikmat-nikmat yang Allah bagi? Apa yang akan kita jawab pada Allah di padang mahsyar nanti? "Apa yang kamu buat untuk agama aku, ketika agama aku sedang dipersendakan?". Solat, puasa, zakat dan haji kita belum tentu dapat jamin kita masuk syurga Allah. Sebab itu perintah Allah. Tapi Allah tanya apa pengorbanan kita untuk agama Allah.? Hanya iman yang soheh pada Allah sahaja yg dapat jamin kita masuk syurga Allah. Untuk dapat kepada perkara itu, kita kena usaha atas agama. Untuk usaha atas agama, kita kenalah keluar di jalan Allah. InsyaAllah.

Cara Terbaik Melayan Sahabat yang Sering Menyakitkan Hati

dalam kehidupan seharian, kita sering bertemu dgn pelbagai jenis manusia.... kawan itu datang tanpa diundang..pelbagai mcm kerenah, pelbagai ragam.. macammanakah cara terbaik melayan sahabat yang sering menyakiti hati? bila kita menjauh...dia terasa... bila dia merapat... hati kita rasa terbeban... bukan niat nak memutuskan silaturrahim.. hanya ingin membawa haluan masing-masing, mengikut jalan yang lebih selesa.. ingin bersahabat untuk mencapai kebahagiaan..tapi kalau sahabat itu terlalu sensitive,dan selalu berfikiran negative, macam mana nak handle?